Halaman pendaratan
Melalui sokongan daripada Meta, Rangkaian Semakan Fakta Antarabangsa berbesar hati untuk menawarkan kursus pengenalan semakan fakta secara percuma. Terdiri daripada tiga modul yang menumpukan kepada semakan fakta, pengesahan dan memperbetulkan kesalahan maklumat kesihatan, kursus ini akan membantu wartawan untuk mengetahui cara mencari dakwaan yang boleh disemak kesahihan, metodologi bagi semakan fakta serta alatan dan teknik untuk membantu perjalanan mereka.
Kursus pembelajaran kendiri ini terbuka kepada wartawan, ahli akademik dan mereka yang mahu menjadi penyemak fakta di seluruh rantau Asia Pasifik. Peserta yang berjaya melengkapkan kursus ini akan menerima sijil tamat kursus dan akan dijemput untuk menyertai webinar bagi mengetahui lebih mendalam mengenai dunia semakan fakta.
Jadual
Kursus ini dirangka untuk dilengkapkan mengikut masa dan keselesaan anda sendiri. Pelajar dijangka akan menghabiskan sekitar 2 hingga 3 jam untuk melengkapkan modul.